Thursday 13 August 2009

*THE PRECIOUS WOMEN*

بسم الله الرحمن الرحيم
~huraian 1 " يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن"
Batasan pandangan wanita pada lelaki tidaklah begitu ketat seperti lelaki pada wanita.Wanita dilarang berhadapan muka dengan lelaki tetapi dalam masa yang sama tidaklah dilarang jika mereka melihat lelaki yang lalu di jalan atau melihat persembahan yang tidak berdosa daripada jarak jauh..Walaupun begitu,wanita dilarang melihat lelaki suka suki je,semata2 untuk seronok..
Kalau orang tanya kita,ape dalilnye?ha, رد balik..(kalau blaja usul fiqh kan,ade سد الذرئع iaitu,kita menghalang perkara2 yang kearah haram..hehe,tmbah ckit)ni dalilnya:
  • Ketika Umm Salamah dan Maimunah(isteri2 Nabi s.a.w)sedang duduk dengan baginda,datang seorang sahabat yang buta,Ibnu Ummu Maktum.Rasulullah s.a.w pun berkata kepada isteri-isterinya : "Sembunyikan mukamu daripadanya". Isteri-isterinya pun berkata : "Ya Rasulullah,tidakkah dia seorang yang buta?Dia tidak melihat kami ataupun mengenali kami."Lalu Rasulullah s.a.w pun berkata : "Adakah kamu berdua buta juga?Tidakkah kamu nampak dia?" Ummu Salamah menjelaskan bahawa peristiwa ini berlaku semasa perintah purdahtelah pun diturunkan(HR Ahmad,Daud,Tarmizi)

  • Dalam tahun ke-7,sekumpulan perwakilan yang berkulit hitam datang ke Madinah dan mereka membuat persembahan kemahiran fizikal di perkarangan Masjid Nabi,Rasulullah s.a.w sendiri menunjukkan persembahan itu kepada Aisyah (HR Bukhari,Muslim,Ahmad)

~huraian-2
ولا يبدين زينتهن الا ماظهرمنها"
زيتهن -: "perhiasan" termasuklah baju2 yang menarik,barang2 perhiasan and lain2 perhiasan kepala,muka,tangan,kaki dan lain2 yang selalu digunakan oleh wanita yang disebut alat "makeup"..
Banyak tafsiran tentang ayat yang biasa nampak darinya.Maksudnya yang jelas adalah wanita dilarang menampakkan persolekkan & perhiasan mereka kecuali yang nampak dengan sendiri & yang melebihi had kawalan mereka..tapi,tidak berdosa jika tanpa niat.contoh angin kuat meenampakkan perhiasan..

huraian 3 وليضربن بخمرهن على جيوبهن"

Semasa zaman jahiliyyah dulukan,sebelum islam wanita dorang suka pakai ikat kepala&disimpulkan kat belakang kepala..ala,time sekarang pun ade orang arab badwi pakai jugak tapi xbanyak..lepas2 nampak leher pulak .Tiada yang tutup melainkan rambut macam ekor1
1-al-kasysyaf,m/s 90..
Dalil:
  • Suatu ketika,Rasulullah s.a.w dihadiahkan dengan sehelai kain kasa yang halus.Baginda berikan sedikit daripadanya kepada Dihya Kalbi dan berkata : "Gunakan sebahagian daripadanya untuk bajumu dan selebihnya berikan kepada isterimuuntuk dibuat tudung tetapi dia hendaklah jahitkan sekeping kain lain di dalamnya supaya badannya tidak kelihatan menerusinya".(HR Abu Daud)

~huraian 4 ولايبدين زينتهن الا لبعولتهن
Hanya dibenarkan menzahirkan perhiasan kepada golongan ini sahaja iaitu:
  1. Suami
  2. Bapa kandung dan bapa mertua.termasuk atok&nenek dari belah mak & ayah
  3. Anak laki.termasuk cucu laki dan cicit dari anak laki n permpuan.
  4. Adik beradik laki(kandung @ tiri)
  5. Anak sedara(include cucu sedara n cicit sedara)

Saudara mara yang dilarang berkahwin hanya sementara waktu seperti saudara ipar,not including in this group..
~huraian 5 نسآىهن
Pendapat 1-Ibnu Abbas, Mujahid dan Ibn Juraij: wanita islam sahaja
Pendapat 2-Imam Razi: kesemua wanita tanpa pengecualian
Pendapat 3-Wanita yang biasa dan dikenali,yang selalu mereka temui dalam kehidupan harian mereka dan yangbersama2 mengerjakan kerja2 rumah dan kerja2 lain,baik yang islam ataupun bukan islam.tujuan sebenarnya disini untuk mengasingkan wanita asing dari lingkungan mereka yang mempunyai latar belakang kebudayaan dan akhlak yang tidak diketahui ataupun wanita yang perangainya sebelum itu diragukan dan sukar dipercayai..
PENDAPAT KE-3 : lebih muhasabah&lebih hampir dengan maksud ayat ini.Pendapat ini juga disokong oleh beberapa hadith sohih yang menyebut bahawa wanita zimmi(bikan islam)pernah melawat isteri2 Rasulullah s.a.w.Perkara sebenar yang menjadi faktor penentu berhubung dengan ini ialah akhlaq dan bukan kepercayaan.
~huraian-6 ما ملكت أيمنهن
Pendapat 1-Hamba yang dipunyai oleh seorang perempuan.Dalil: Disebut selepas 'wanita-wanita'.Hujah ; Jika hamba lelaki dibebaskan,dia boleh berkahwin dengan tuannya dahulu.
~Pendapat 2-Hamba lelaki dan wanita.Dalil :Ketika Rasulullah s.a.w dan hambanya Abdullah bin Musa'adah melawat anaknya ,Fatimah sedang memakai sehelai kain yang jika cukup menutupi kepalanya akan menampakkan kakinya dan akan menampakkan kepalanya jika ia cuba menutup kakinya,Rasulullah s.a.w sedar akan keadaan yang memalukannya dan berkata : "Tiada salahnya ,hanya ayahmu dan hambamu." (HR Abu Daud,Ahmad dan Baihaqi)
~Huraian-7 التبعين غير أولى اللاربعة من الرجال
Selain lelaki mahram,wanita dibolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada lelaki yang memenuhi 2 syarat iaitu : berpangkat rendah dan bebas dari kehendak nafsu syahwat(tua@penyakit)
~huraian- 8 الطفل الذين لم يظهروا على عورت النسأ
Iaitu kanak2 yang belum mempunyai nafsu syahway yang biasanya umur paling tinggi 11 @ 12 tahun.budak laki yang lebih tua dah ada nafsu walaupun belum dewasa..
~Huraian-9 ولا يضربن بأرجلهن
Rasulullah s.a.w tidak membataskan perintah ini hanya dengan bunyi perhiasan,tapi juga segala yang menaikkan perasaan adalah bercanggah disisi Islam..
  • Memakai bau-bauan.Sabda Nabi s.a.w : "Solat wanita yang datang ke masjid dengan bau-bauan yang harumn tidak akan diterima Allah sehingga dia membersihkan dirinya dengan mandi yang sempurna seperti mandi setelah junub(HR Abu Daud,Ibn Majah,Ahmad,Nasa'ie)

  • Suara wanita.Rasulullah s.a.w melarang suara wanita didengari lelaki jika tidak perlu.Jika Imam tersalah di dalam solat berjemaah,dia hendaklah diberi amaran dengan menepuk tanagn sahaja(HR Bukhari,Muslim,Ahmad,Tarmizi,Abu Daud Nasai'e,Ibn Majah)

sekian saje tjuk kita..jgn lupe bace..

No comments:

Post a Comment