Saturday 2 March 2013

Sunnah Dalam Bersahabat | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sunnah Dalam Bersahabat | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sweetnya Puding Karamel

alt
Resipi yang dinanti-nanti telah tiba!
Setelah cubaan membuat puding karamel versi baru selama dua hari berturut-turut ini pada minggu lepas ternyata berjaya dan disukai seluruh ahli keluarga termasuk kawan-kawan yang berkunjung ke rumah untuk berbuka puasa, saya rasa ada baiknya sekiranya saya kongsikan resipi membuat puding karamel ini dengan anda semua di Iluvislam.com :)
Sangat mudah, bahan-bahannya sangat senang dijumpai di pasaraya. Untuk penggemar pencuci mulut, mari kita sama-sama lihat resipi puding karamel versi tidak berlubang-lubang ini. Lembut sangat! Yang penting tak perlu membazir beli kat baazar Ramadhan. Buat sendiri, jimat, dapat makan banyak kali dan sedap!
Bahan-bahan puding  :
  • 5 sudu besar gula
  • 5 biji telur (2 biji daripadanya hanya diambil kuningnya sahaja)
  • 450ml susu segar/ full cream
  • satu sudu kecil esen vanilla
  • 
Bahan-bahan karamel  :
  • 10 sudu besar gula (lebihkan jumlah gula sekiranya suka kuah karamel yang banyak)
  • Air ( kurang daripada suku cawan air atau lebih mengikut jumlah gula)
 Cara masakan :
    01.Sediakan karamel terlebih dahulu. Masukkan gula untuk karamel ke dalam periuk dan air sedikit demi sedikit. Air tidak perlu terlalu banyak tetapi jangan pula terlalu sedikit. Gunakan api yang sederhana besar, kacau gula didalam periuk tersebut sehingga berwarna keperang-perangan dan tidak terlalu pekat.
    02.Setelah itu tuangkan karamel yang telah berwarna perang tersebut kedalam loyang berbentuk bulat.
    03.Kemudian, di dalam satu mangkuk, pecahkan telur ( 2 biji telur hanya diambil kuningnya sahaja manakala 3 lagi biji telur digunakan semuanya termasuk putih telur) dan masukkan 5 sudu besar gula. Kacau sehingga sebati dan pastikan tidak begitu berbuih.
    04.Didalam periuk lain pula, panaskan 450ml susu dan tuangkan esen vanilla. Susu tersebut mestilah tidak terlalu panas. Sekadar 60 darjah celcius.
    05.Tuangkan susu yang telah panas tadi kedalam campuran telur dan gula didalam mangkuk tersebut. Kacau dan sebatikan.
    06.Tuangkan campuran telur, gula dan susu tersebut ke dalam loyang berisi karamel. Tutup loyang dengan dua lapis aluminium foil dan masukkan ke dalam oven. Setkan suhu 160 darjah celcius dan tempoh masa 50 minit. Wajib lapikkan loyang tersebut dengan dulang pembakar yang telah diletakkan air agar permukaan puding tidak hangus.
    Seperti biasa.. lepas tamat masa 50 minit, cuba buka aluminum foil dan cucuk puding menggunakan lidi atau garfu kalau puding tersebut masih cair tambahkan masa 15 minit dan bakar kembali. sekiranya puding tersebut kelihatan kenyal-kenyal (macam puding) bolehlah diangkat dan tunggu lebih kurang 30 minit sebelum disejukkan di dalam peti ais:

Bagaimana Bercinta & Berkahwin Kerana Allah? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Bagaimana Bercinta & Berkahwin Kerana Allah? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sunday 27 January 2013

ingatan diri..


Tazkirah Hari Ini

Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

(Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi)




Sahabatku, sesulit apapun hidup anda, sepedih apapun penderitaan anda, jangan pernah meninggalkan Allah, jangan pernah meninggalkan solat, hidup kita, berubah derita menjadi kebahagiaan -Ust. Muhamad Agus Syafii-




Dari Abu Musa r.a., "Rasulullah ﷺ pernah ditanya mengenai seorang laki-laki yang berperang supaya dikatakan ia berani (seorang yang berani), berjuang kerana membela kesukuan (bangsa) dan berjuang kerana ingin dipuji, maka manakah yang disebut berjuang di jalan Allah?" Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Barangsiapa berjuang untuk menegakkan kalimah Allah setinggi-tingginya, maka itulah yang disebut berjuang di jalan Allah." (Muslim:3525)




Rasulullah saw bersabda:
3 golongan umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7x umur bumi:
1. org yg gemuk tapi kurus
2. org yg berpakaian tapi telanjang
3. org yg alim tapi jahil
--> gemuk tapi kurus: sihat tubuh badan tapi kurg ibadat
--> pakai tapi telanjang: memakai pakaian tapi tak ikut syariat
--> alim tapi jahil:org agama yg halalkan yg haram utk kepentingan peribadi





Jangan Jadikan Rumahmu seperti kuburan

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “ Janganlah kamu meninggalkan solat, doa dan membaca al-Qur’an di rumah sehingga rumah itu seperti kubur. Nabi shallalahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan umatnya agar memperbanyak ibadah dirumah dan melarang ibadah di kuburan,hal in berbeza dengan apa yang dikerjakan oleh orang-orang musyrik.

zikir

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.

Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’

Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi

Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35

Thursday 24 January 2013

Muhasabah diri sendiri..BILA SEDIH MELANDA


Bismillah..
Hari ini..diri ini dilanda kesedihan yang amat sangat.. beratnya masalah menimpa hanya Allah yg mampu memahaminya..Ya allah..KepadaMulah tempat aku mengadu..
Sambil menenangkan hati..sambil melayari internet.mencari kata2 motivasi...terjumpa artikel yang telah sekurang2 kurangnya membuatkan aku merasai sedikit ketenangan dan muhasabah diri..terima kasih kepada penulis..

BILA SEDIH MELANDA


"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus,64-65)

Doa dan Adab Tatkala Mengalami Kesedihan yang Mendalam

Kesedihan biasanya timbul karena beberapa faktor :

1. Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah
2. Usaha yang tidak atau belum berhasil
3. Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya
4. Cita-cita yang tidak kesampaian
5. Banyaknya hutang yang sulit dibayar
6. Banyaknya tanggungan keluarga yang amat membebani dirinya
7. Terbelenggu orang lain
8. Ketinggalan dalam beramal saleh
9. Kesempatan yang telah disia-siakan
10. Merasa jauh dari Allah, dll.

Bagi orang beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berkelanjutan. Karana orang beriman yakin bahwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakikatnya hanya titipan sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali. Ketika kita mengalami kesedihan yang mendalam dan berkepanjangan, Nabi SAW menganjurkan untuk membaca doa-doa di bawah ini :

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

"Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur 'Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur 'Arasy mulia."
(H.R. Bukhari-Muslim)


Jika kita sedang menghadapi urusan penting, Nabi menganjurkan untuk membaca


يا حي يا قيـوم برحمتك أستغيث

"Ya Allah yang Maha Hidup, Ya Allah yang Maha Mengatur. Kumohon pertolongan dengan rahmat-Mu" (H.R. Tirmidzi)


لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."(Q.S.Al-Anbiya : 87)


اللهم إني عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك , أو أنزلته في كتابك, أو علمته أحدا من حلقك, أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرأن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهب همي

"Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon denganasma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku."
(H.R. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Adab Agar terhindar dari Kesedihan
1.Meluruskan kembali keyakinan bahwa Allah-lah pengatur segala ciptaan-Nya 
2. Kita yakini bahwa Allah pasti memberikan yang terbaik bagi hamba-Nya
3. Kita yakini bahwa segala ujian pasti untuk meningkatkan keimanan, menghapus 
dosa, meninggikan derajat, dan mendekatkan hamba-Nya ke sisi- Nya.
4. Kita yakini bahwa setiap orang sudah diqadar rezkinya, ada yang diluaskan dan 
ada yang disempitkan
5. Keluasan dan kesempitan rezki di dunia bukan ukuran kemuliaan seseorang di 
hadapan Allah
6. Setiap jatah rezki seseorang pasti akan diberikan oleh Allah sebelum orang itu 
dicabut nyawanya, oleh karena itu tidak boleh berikhtiar dengan terlalu 
memaksakan diri dan usaha yang tidak halal.

Sabda Nabi SAW :

إن روح القدوس نفث في روعي أنه لن تموت نفس حتى تستكمل رزقها و أجلها فاتقوا الله و أجملوا فى الطلب

"Sesungguhnya malaikat Jibril berbisik dalam hatiku, bahwa seseorang tidak akan mati sehingga ia menyelesaikan (jatah) rezki dan ajalnya. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan baik-baiklah dalam berusaha mencarinya."
(H.R. Ibnu Hibban) 

7. Bagi orang beriman, ketenteraman hati hanya ada pada dzikir kepada Allah. 
Maka tiada yang dicari selain mendekatkan diri kepada Allah
8. Bagi orang beriman, menderita dalam ketaatan adalah sebuah kenikmatan 
hidup.
9. Mendirikan solat malam, solat hajat dan solat sunnat
10.Membaca doa-doa di atas setiap saat, terutama ba'da solat fardhu, solat tahajjud dan 
solat hajat, sebagaimana janji Allah melalui Rasul-Nya, Allah akan menghilangkan 
kesedihan dan menyelesaikan segala urusan.
11.Jika kesedihan itu karena hutang-hutang yang susah terbayarkan, maka Nabi 
mengajarkan doa berikut: 


"Ya Allah, cukupilah kebutuhanku dengan yang halal dengan menghindarkan yang haram, dan jadikanlah daku berkecukupan demi kemurahan-Mu daripada selain-Mu" (H.R. Tirmidzy)


اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن, و أعوذبك من العجز والكسل, وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain." (H.R. Abu Umamah dan Abu Sa'id)


Sebenarnya, apabila kita bersedih, masih ad penyelesaiannya. Tatkala hati resah gelisah, penawarnya masih ad. Cuma, kadang-kadang kita terlupa bahawa, Allah sentiasa bersama kita. Apabila kita merasa sedih atau kecewa, kita boleh mengadu pada Allah. Allah Maha Mengetahui ap yg kita fikirkan dan ap yang kita perlukan.

Namun, kadang-kadang kita tidak dapat ap yang kita idam-idamkan. Kenapa? Allah s.w.t menjawab di dalam Al-Quran:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan( ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu,) sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, 216)

Kita mungkin tidak dapat melihatnya dalam waktu terdkat namun, kita akan nampak hasilnya suati hari nanti.

Kadang-kadang kita terfikir bahawa mengapa kita diuji?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut, 2-3)

Allah tidak akn menguji kita tanpa sebab. Allah mahu lihat sejauh mana keimanan 
kita. Adakh kita akn terus dlm mghadapi pelbagai cubaan atau kita akan tersungkur di pertengahan jalan. Keputusan terletak di tangn kita. Kita tidak seharusnya berputus asa kerana sesungguhnya Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Mungkin kita merasa ujian itu berat tapi, sedarkah kita bahawa ap yang kita hadapi ini, tidak seberat yang dihadapi oleh kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Kita perlu mengikuti Rasulullah kerana Nabi Muhammad itu adlh ikutan terbaik.

Sering kali kita mendengar kita sendiri atau mungkin orang lain mengatakan 

"Arh!! Frustnyer ak.."

"Tekan weh hidup"

"Nok gile rasa.."

namun dalam sedar tidak sedar, Allah telah memberi semangat pada kita untuk terus berjuang.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)

Memang tidak di nafikan bahawa kita sering kali ditimpa masalah. Dan memang ad cara untuk kita menghadapinya.

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Seharusnya, kita perlu belajar daripada ap yg telah kita lalui. Kita tidak perlu merasa kecewa, sedih, gelisah dan seribu satu macam perasaan lagi kerana kita adalah orang-orang yang memiliki sumber kekuatan yang kuat.

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka…?" (Surah At-Taubah ayat 111)


Sebagai hambaNya yang hina, kita patut kembali kepadaNya. Apabila kita melakukan kesalahn, kita perlu kembali pada Allah. Kita perlu mencari Allah kerana kita amat memerlukan Allah dalam hidup kita.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)


Dan jangan sekali-kali kita mengatakan bahawa kita tidak tahan dengan ujian Allah. Memang kita akan merasai perasaan yang hadir dalam diri kita itu tapi, tiada yang tak dapat kita terus mengalah. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman lagi:

"…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Jadi, kita perlu kuat menghadapi ujian hidup. Sebagai makhluk Allah, makhluk ciptaan Yang Maha Esa, kita tidak perlu merasa bimbang. Allah sentiasa menyayangi hamba-hambaNya yang beriman. Kita hanya perlu teruskan perjuangan tanpa menghirau dugaan-dugaan yang melanda. Kita akan jadi manusia yang tabah dan sabar. Kita akan dapat menghadapinya dengan baik jika kita mahu.

Sunday 6 January 2013

Plez..forgive me...!!!

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi Allah..pernahkan anda terasa amat sukar memaafkan orang?pastinya ada kaaan...adakah anda tahu apakah kelebihan orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang?cuba kita sama2 hayati sejenak..
maafkan saya!

Pemaaf Rasulullah s.a.w Aisyah pernah menyatakan:

 “Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah (riwayat Muslim).
  Anas bin Malik menceritakan: 
"Ketika saya sedang berjalan bersama Rasulullah s.a.w dan pada waktu itu Baginda sedang mengenakan selimut tebal dari Najran."

 
Seorang Arab Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata, Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu (riwayat Muttafaq Alaih).


Sifat pemaaf juga suatu tarbiah kepada seseorang yang terlanjur melakukan kesilapan dan kesalahan sehingga boleh membuatkan pelaku merasa malu, seterusnya mula menyedari akan kesilapan tindak-tanduknya itu.

Marilah kita sama-sama bermuha­sabah dalam menangani konsep bermaafan ini. Walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.


Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.


Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.”(Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.


Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.