Saturday 23 May 2009

TahNIah atas PengOrbananmu..


Assalamualaikum w.b.t,


Bersyukur kepada Allah akhirnya dapat juga diri ini duduk untuk menaip buat tatapan pembaca yang sentiasa dirahmati Allah..dan kesyukuran ini moga2 istimrar dan istiqomah kerana terlalu banyak pemberianNya..ketika diri ini sedang diuji Dia datang membantu..tika diri ini kecewa,mukjizatnya hadir memberi semangat..tatkala harapan tidak kesampaian,Dia hadiahkan agar hambaNya sedar bahawa Dia Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya.

.
"assalamualaikum mak,mcmne achik?dapat x?"itulah pertanyaan pertama yang terkeluar pada emakku..setiap kali telefon,itulah soalanku yang tidak jemu2 bertanya..

"entahla lang,kawan2 achik yang lain dapat je u semua..takde rezeki la tuh..takpela alang,adela tu Allah nk bagi tempat lagi baik.. Seminggu berlalu,perasaanku bertambah bimbang..achik,sabar ye..bisik hatiku..teringat cerita yang kami bualkan sewaktu bercakap dengan dia beberapa hari yang lepas..

"alang,dhaniah sedihla..tak tahan duduk kat sekolah ni..sekolah yang mengambik masa 2 jam dari rumah kami..luahan demi luahanku dengar..mana yang boleh ku bantu,ku berikan pendapat..hinggalah satu ketika,tersentak hati mendengar ceritanya..tabahnya adik aku sorang ni..monolog dalam diri..

"alang tau tak,dhaniah cuba nak buat something yang baru kat sekolah ni,tapi aniah sorg2 lang.."eh adik aku,nak buat mende pulak?terfkir2 juga..oo,terlupa yela orang badar&pengawasla katakan.."gurauku..

"ishh,bia betul dhaniah?dhaniah buat apa je?setelah dicerita,seakan semangatnya meresap dalam diriku walaupun kami jauh..waahhh,kagumya alang.."

Apa yang diceritakannya membuatkan diri ni betul2 tersentak dan bermuhasabah diri ini balik..semangatnya seperti seorang pejuang,terlalu besar dugaannya..disekolah yang tidah sampai setahu itu,dia cuba untuk membawa suatu kelainan..sifat kepimpinannya menjadikan dia matang..pelbagai pogram yang cuba diadakan dengan bantuan kawan2..


Pogram pertama yang cuba dibawa dengan nama Minggu Ibadah..selama ini apa yang dikatakan pelajar2 lama disekolah tersebut bahawa tika pogram itu tidak ada aktiviti yang dianjurkan..hanya sekadar nama..dah telah ditinggalakn oleh senior2 2,3 tahun yang lalu..berbekalkan semangat yang ada,dia merancang mengadakan pelbagai aktiviti antaranya tazkirah harian,nasyid,dan macam lagi..malangnya sambutan teramatlah sedikit..

"alang tau,time dhaniah buat annoucement,takde orang turun..semua buat tak tahu je..sedih betul..bukan ape,cikgu2 pun tak suke dhaniah buat macamni..katanya bawa budaya sekolah lama ke sekolah dorang..sampi cikgu2 tak suka.."sabarlah dhaniah..kuatkan semangat..dakwah perlu diteruskan..Allah tahu dirimu bolah lakukan wahai adikku.. Memandangkan ramai kawan-kawannya yang telah keluar menyambung pelajaran di intitusi pengajian tinggi,dia masih lagi utuh..kesian adikku ni..namun,semangatnya makin kuat hari demi hari..bersyukur padamu Allah..setiap hari tidak lekang doa untuknya moga tabah..

Bertemu dengan guru Hep untuk memberikan idea2 terlalu kerap walaupun dia tahu ada guru yang tidak menyukai tindakannya..cadagannya untuk mewajibkan setiap pelajar perempuan memakai stongan(sarung lengan)ditolak..mesyuarat diadakan dan lontaran dari guru Hep itu ditolak..Ya Allah,berilah petunjuk pada kami..dan lebih menyedihkan pengetua tidak mengizinkan..


Pesanan emak didengarinya apabila mak memintanya untuk kurangkan matlamatnya..bimbang perkara lain berlaku..tapi tetap berterusan..hatinya terlalu sedih bila melihat sesetengah peljar tidak menepati pakaian yang menutup aurat..lengan bukankah aurat?itulah yang menjadi persoalannya..dakwah bukanlah mudah wahai adikku..Rasulullah s.a.w pun bertakung darah dalam kasut baginda..dan mengambil masa bertahun2 untuk berdakwah dan mengajak kepada islam..



Akhirnya,doa kami termakbul..kun fayakun!Allah Maha Mengetahui..1panggilan diterima dan mengatakan bahawa adikku mendapat tawaran ke jordan..alhamdulillah..sujud kesyukuran kami saat mendengar berita itu..moga ini adalah yang terbaik bagimu waha adikku..kakakmu menanti kehadiranmu insyaAllah dengan izinNya..moga segala yang berlaku mematangkan dirimu dan ingatlah pesanan alang,belajar no1 tapi dakwah bukan no2..

Moga cerita ini dapat menjadi ikhtibar buat kita..kerana kita tidak tahu bagaimanakah bentuk ujian kita..adakah kita sudah bersedia?ingtalah..dakwah bukanlah susah tapi bukanlah mudah bagi orang2 yang beriman..insyaAllah.
.


No comments:

Post a Comment