Saturday 21 March 2009

~TeMan~

Teman..
Terima Kasih atas segala yang dikau berikan..
Saat diri futur terkapai-kapai memerlukan bantuan..
Dikau hadir memberikan semangat..
Teruskan berdoa..
Kuat dan terus kuat..
Jadikan semua ini sebagai dugaan kasih dariNya..
Itu yang menjadikan diri masih gagah berdiri..
Kata-kata darimu tersemat utuh dalam diri..
Walaupun jasadnya tak terdaya untuk berdiri..
Meneruskan hidup yang tiada jawapannya..


Teman..
Maafkan daku kerana sering menganggu hidupmu..
daku memerlukanmu bagi memulihkan hati ini..
Daku memerlukanmu bagi mengubat hati ini..
Terima kasih sekali lagi daku ucapakan..
Tiada teman sebaik dirimu..
Cuba merasai apa yang daku alami..
Mententeramkan daku saat aku gelisah ditimpa musibah..
Dikau tidak jemu memberi kata-kata..


Teman..
Sedarlah dikau bahawa daku akan sentiasa mengingatimu..
Kerana kita bertemu dan berpisah keranaNya..
Akan daku ingat kisah suka duka di bumi Anbia ini..
Yang menjadi saksi dua insan bersahabat..
Tanpa jasad,namun tidak pada hati..


Terima kasih teman-temanku..
Kadangkala daku tidak dapat menyeimbangkan emosi..
Maafkan daku atas sikapku..
Memang,daku lemah tika dugaan mendatang..
Syukur padaMu Allah..
Mengurniakan teman sepertimu..
Doakanlah teman..
Agar daku berjaya mengharungi semua ini dengan tabah dan sabar...
Sesungguhnya tiada yang lebih indah..
Melainkan doa darimu...
Selamat berjuang teman-temanku..
Moga kita semua peroleh kejayaan cemerlang duniawi dan ukhrawi..
InsyaALLAH....






hakcipta terplihara~penulis..

1 comment:

  1. sungguh daku terharu membaca sajakmu ini..
    puitis..ah!xdpt daku bygkn..keh3
    terima kasih sahabat =)

    ReplyDelete