Panahan syaitan tidak mengira anda muda ke, kecik ke, besar ke..apa yang pasti dia mahukan anda akan ikut bersamanya di dalam kancah api neraka,nauzubillah..pernahkah anda terdetik kenapa adanye syaitan,nafsu dan akal?jika ya,pasti anda ketahui jawapannye..tapi bg yang tidak terfikir dan baru terfikir..haaa..fikir2kanlah..
"adakah kamu dikatakan beriman selagi kamu tidak diuji?"cube anda fikirkan apakah maksud disebalik ayat ini..setiap yang kita lakukan dicatat,setiap ape yang kit kerjakan akan dicatat juga..secara terang ataupun rahsia..
Bercakap pasal rahsia ni,terdetik dalam hati saya..betapa banyaknya perkara yang pernah saya lakukan yang tidak dilihat manusia tapi jika makhluk langit melihat pastinya dicerca dan diejek..malunye...malu,malu,malu..memang malu tapi kita selalu kita akan malu pada makhluk..kita hanya kuli..kuli pada pencipta kita Allah..itu yang sepatutnya kita malu..sedarlah wahai diri..
Kita petah berkata,menasihati tapi jika dinilai betapa banyak yang kita katakan kita turuti..sedarlah diri!sedarlah..memang mudah kita menugur tapi apakah yang kita tegurkan itu kita ingat?sedarlah wahai diri..jika kita didalam bidang agama natijahnya lagi dahsyat akan diterima..kita belajar tapi tidak diamalkan..kita amar ma'ruf tapi tidak nahu munkar..
Sedarlah wahai diri..gurun yang tandus pun telah diselaputi salju,haiwan yang tidak pernak dilihat pun kini tela keluar..apakah yang dinanti2kan lagi?ayuh!sahabat..marilah kita bersama-sama menjalankan dakwah yang dibawa Rasulullah ini..tidak tertakluk pada ceramah semata2,banyak cara dan uslubnya..seorang da'ie perlulah kreatif dalam menggiatkan dakwah..janganlah rasa terbeban kerana anda semua adalah muslim..anda adalah khalifah yang Allah pilih..walaupun malaikat sentiasa sujud padaNya..tetap Allah memilih manusia..
Muhasabahlah diri kita apa yang telah kita buat untuk agama Allah?apa yang kita buat untuk mnunjukkan kecintaan kita pada kekasih' kita?untuk masyarakat kita?adakah kita mahukan diri kita saje yang masuk syurga,"alah..lantaklah dorg.. "ye,memang!tapi kita kena ingat kita tidak akan terlepas begitu saje..kerana kita akan dituntut oleh mereka yang tidak diajak,ditegur..
Jadi,marilah kita sama2 nasihat menasihati,tegurlah dengan penuh hikmah dan ikhlas lillahi ta'la..bukan kerana merendah2kan..sekian sahaja..yang baik datangnya dari Allah dan yang lemah datangnya dari hamba yang naif ini..waallahua'alam..
No comments:
Post a Comment